// Floating Moustache
The Owner


♥Click the image♥ :)



Welcome to my blog. Cause i love Park Chanyeol so much ♡
Diaries Owner Friends Tutobies

Assalamualaikum . The name is Nani . I am a crazy kpoppers and a crazy exo stans ^^


Shout !




Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Edit By: Aina
Re-Edited By: Affina Hanani



Bab 8

     Malam tadi Nani tidur lewat kerana menyiapkan assignment yang Miss Choi bagi . Mata Nani dah macam ala-ala Kung Fu Panda atau lebih tepat lagi dah macam mata Tao dah . Nani duduk sambil tersengguk-sengguk di laman university . Akhirnya Nani terlelap dalam keadaan duduk . Nasib baik tak ramai orang dekat laman university ni . Kalau tak seriously malu gilerr . Chanyeol yang kebetulan berjalan di situ ternampak Nani yang sedang tersengguk-sengguk . Chanyeol menghampiri Nani dan duduk di sebelahnya . Chanyeol memandang wajah Nani dan tersenyum sinis . Idea jahat sudah muncul di benak fikiran Mr Arrogant ini . 

      Setelah idea jahatnya selesai, Chanyeol beredar dari situ . Dia berasa gembira kerana dapat mengenakan gadis itu . Beberapa pelajar yang lalu-lalang sudah ketawa apabila terpandangkan Nani . Nani masih tidak perasan apa yang berlaku . Ye lah tengah tidur tak kan boleh perasan pulak . Hahaha . Sungjae yang tergerak hati ingin melalui laman university itu memandang kelibat Nani . Sungjae hanya mampu tersenyum kecil melihat Nani tertidur di situ . Sungjae perasan bahawa ramai orang yang lalu-lalang ketawa apabila terpandangkan Nani . Sungjae mencabut sticky note yang ditampal di dahi Nani itu . 

       ' SAYA SUKA KOREK HIDUNG XD ' Tertera di sticky note yang ditampal oleh Chanyeol pada dahi Nani itu . Sungjae dengan segera mengejutkan Nani daripada tidurnya . " Nani bangun . Nani . " Sungjae menggoyangkan sedikit bahu Nani . Nani tersedar dengan riak yang sangat terkejut . Maklumlah bila dah ngantuk sangat memang macam tu lah gaya bangunnya . " Hah ? Sungjae ? Hah ? Nak apa ? " Nani menguap sambil menggosok mata . Alahai tidur terduduk pun boleh siap gosok mata lagi . Sabar je lah . 

         Sungjae menayangkan sticky note tersebut sambil mengangkat kening . " Sape buat ni ? " tanya Sungjae dengan muka serius nya . " Eh apa ni ?! Siapa punya kerja ni ! " Nani mengerutkan dahi bila baca sticky note tersebut . " Hm molla(don't know) . Tadi saya datang tengok orang yang lalu-lalang semua ketawakan awak . " Nani mengepal penumbuk kerana geram . " Kurang ajar sape yang buat . Aishhh ! " Nani mengetap gigi tanda marah . Sungjae hanya menggelengkan kepala dan tersenyum kecil . 

          Nani mengatur langkah dengan laju menuju ke bangunan fakulti untuk menghantar assignment nya kepada Miss Choi . Setelah selesai urusannya bersama Miss Choi , Nani berura-ura ingin menuju ke library sementara menunggu kelas nya bermula pada jam 2 petang . Semasa Nani melalui jalan menuju ke library Nani terpandangkan Chanyeol yang sedang main gitar milik nya bersama rakan-rakannya yang berjumlah 12 orang termasuknya . Mereka seperti sedang berlatih untuk sebuah pertandingan yang bakal dianjurkan oleh pihak university . 
          
           Gelak tawanya membuatkan Nani terbuai di alam fantasi . Betapa gembiranya Chanyeol bersama rakan-rakan baiknya . ' The twelve boys sings very nicely . Their vocal was super awesome ' puji Nani dalam hati . Apabila Nani tersedar dari lamunannya , Nani terus menuju ke library sambil tersenyum lebar . ' I think i fall in love with Park Chanyeol smiles . Aishhh slap my face jinjja ! '  Setelah sampai ke library Nani melihat sudut maklumat itu tertera poster yang menyatakan bahawa minggu depan merupakan malam prom night dan special performance dipersembahkan oleh kumpulan yang diberi nama EXO iaitu kumpulan yang terdiri daripada 12 orang . 

             ' Hmm no wonder Chanyeol dengan kawan-kawan dia practice . Rupanya untuk prom night nanti ' desis Nani dalam hati . Nani hanya tersenyum kecil apabila mengingatkan senyuman Chanyeol tadi . ' I will make you smile in front of me one day . I promise . Jjang fighting ! ^^

Bab 7


      Bergema lagu Growl EXO berkumandang di CUBE Studio kerana Nani sedang dance practice bersama Ryha . Nani dan Ryha menari sambil mengikut rentak music yang dimainkan . Biasanya Nani sering berlatih berseorangan tetapi pada hari ini Ryha ingin mengikut serta . Setelah masing-masing keletihan dan berpuas hati dengan tarian mereka , Nani dan Ryha berehat sebentar . Sebotol air mineral sudah separuh mereka habiskan . Tiba-tiba kedengaran Samsung Galaxy S3 Ryha berbunyi menandakan ada pemanggil yang menunggu untuk diangkat . Setelah diangkat handphone nya Ryha segera memberitahu Nani tujuan si pemanggil itu menelefonnya .

    "Nani , mianhae(sorry) . Ryha kena pergi . Ada hal lah dekat fakulti . Nal kalkae-yo(I gotta go) . Annyeong ! " Ryha melambai Nani dan berlari dengan pantas menuju ke destinasi . Nani melambai Ryha dan merenung ceiling CUBE Studio itu dengan pandangan yang kosong . Setelah penatnya reda , Nani bangun dan mula berlatih menari lagu Growl lagi sekali kerana ingin memantapkan tariannya . Apabila waktu sudah menginjak ke angka 6 petang , Nani terus bergegas memakai beg sandangnya sekaligus meletakkan headphone beats nya di kepala . Nani membetulkan hoodie wolf 88 nya dan keluar dari studio itu menuju ke dorm untuk berehat . Rakan-rakannya yang lain pasti sudah lama pulang ke dorm .

       "Geurae wolf naega wolf . Awuu . Ahh saranghaeyo . " Nani bernyanyi kecil sambil memasang lagu Wolf EXO melalui headphone nya . Ketika Nani sedang berjalan tanpa melihat hadapan kerana begitu khusyuk menatap screen handphone nya tiba-tiba BUUUK ! Nani dan juga jejaka tinggi lampai dan tampan itu terjatuh dan terhantuk kepala masing-masing . Auchh ! Nani dan lelaki itu sama-sama mengaduh kesakitan . Apabila Nani cuba untuk bangun, sepasang mata miliknya menatap wajah milik jejaka itu . 'He has round eyes, elf ears, brown and messy hair aumms so handsome ! ' Nani berbisik dalam hati sambil tersenyum kecil .

       " Apa senyum-senyum ! Tak nampak ke sampai kena langgar orang . Sakit tahu tak !! " Lelaki yang baru dipuji oleh Nani itu memarahi Nani tak tentu pasal . Mati terus senyuman Nani . ' Aduhh ! Pemarah pulak mamat ni . Aku tampo kang hm tapi tak sanggup . Handsome sangat . ' desis Nani dalam hati . " Mianhae(sorry) . Saya tak perasan tadi . Gwenchana ? (Are you okay ?) " Nani cuba untuk mengambil berat kerana dia tahu dia yang salah dalam hal ni .

        " Dah lah . Tepi lahh . Aku nak bangun ! " protes lelaki itu . Lelaki itu pun terus pergi dan hilang dari pandangan . ' Aishh jinjja ! Sombong gilerr . Aku harap tak jumpa lagi mamat ni . Tapi muka dia macam pemurah dengan senyuman tapi perangai hmm no comment ' monolog Nani dalam hati . Setelah Nani sampai ke dorm, Nani menghempas kan dirinya di sofa lalu menekan remote untuk menonton siaran drama korea kegemarannya . Sakinah dan Syafiqa baru keluar dari bilik mereka . Nani memandang mereka dengan senyuman dan sambung balik menatap televisyen .

          Sakinah pergi ke dapur untuk memasak manakala Syafiqa mengikut serta Nani menonton televisyen . Syafiqa memulakan perbualan apabila siaran drama korea sudah bertukar kepada iklan " Nani sebenarnya kan Ji yong ada kembar lahh . Nama kembar dia Kwon Ji tapi orang panggil dia G-dragon . Ahh jinjja daebak ! (Seriously Awesome !) " " Hah ? Betul ke ? Yang selamatkan Syafiqa hari tu Kwon Ji kan ? " Nani turut terkejut dengan pengakuan Syafiqa itu . Syafiqa hanya mengiakan . " Habis tu Sakinah tahu tak ? "

          " Yup . Saki tahu . Hari tu kitorang hampir bermasam muka sebab kitorang ingat yang Ji yong tu orang yang sama sebab hari tu Kwon Ji datang jumpa Syafiqa and then Sakinah nampak dan Saki  jealous . Ye lah Saki ingat buah hati dia yang jumpa Syafiqa " . ujar Syafiqa lalu tertawa kecil . " Hah mengumpat je tahu . Baling senduk ni karang . " jerit Sakinah dari dapur . Nani dan Syafiqa ketawa bersama-sama . "Eh kejap ! Zuliyana mana ? " tanya Nani kepada Syafiqa . " Dia pergi keluar dengan Kai petang tadi . Tak balik-balik lagi ni tak tahu dia pergi mana . " " Apasal kawan-kawan aku semua dah ada namja chingu(boyfriend) ni ? Jealous mak . " Nani membuat aksi pout . Kononnya comel lah Nani . Haha baling selipar .

           Syafiqa hanya mampu ketawa sambil berkata . " Habis Sungjae bukan ? Dia macam ada perasaan dekat Nani je . " Nani hanya mengangkat bahu . " Entah lah . Nani anggap Sungjae macam abang sendiri . Lagipun belum jumpa yang sesuai lahh . " ujar Nani . Syafiqa hanya mampu mengangguk mengiyakan . By the way perhubungan antara Syafiqa dan Kwon Ji dan juga Sakinah dan Ji yong semakin rapat . Boleh jadi biras dua ekor chingu(friend) ni xD Hihihih .

            Apabila mereka bertiga sudah selesai solat maghrib dan juga makan malam , Nani memberitahu Sakinah dan Syafiqa bahawa dia ingin pergi ke kedai berdekatan dengan university kerana ingin membeli beberapa barang keperluan yang sudah habis . Nani mengambil cardigan kuning nya dan mengenakan tudung bawal senada dengan baju t-shirtnya . Nani mematikan enjin keretanya setelah sampai ke destinasi . Apabila Nani sudah masuk ke dalam kedai, dia ternampak lelaki yang baru dilanggar petang tadi sedang membelek majalah di rak. 'Aduh perlu ke jumpa mamat ni lagi ! ' desis hati Nani sambil membuat wajah cemberut nya .

            " Park Chanyeol ! Gaja(Let's go) . Omma(mother) has bought all the stuff . " Kedengaran ibu Chanyeol memanggilnya . ' Hm Park Chanyeol rupanya nama mamat sombong ni . Aigeumseumnida(I understand) ' desis Nani dalam hati .  Nani perasan bahawa Chanyeol sudah memandangnya dengan wajah yang sukar ditafsirkan . Chanyeol terpandang seraut wajah yang dilanggar petang tadi dengan wajah yang bengis . Nani hanya menelan air liur yang terasa kering . ' Aduhh apasal lah mamat ni benci sangat kat aku ! Bukannya aku sengaja langgar dia pun' . Nani hanya mampu mengeluh .