// Floating Moustache
The Owner


♥Click the image♥ :)



Welcome to my blog. Cause i love Park Chanyeol so much ♡
Diaries Owner Friends Tutobies

Assalamualaikum . The name is Nani . I am a crazy kpoppers and a crazy exo stans ^^


Shout !




Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Edit By: Aina
Re-Edited By: Affina Hanani



Bab 1

       Burung-burung berkicauan menggamit suasana petang itu . Seorang gadis bertudung sedang duduk di bawah pohon yang redang sambil mendengar alunan music melalui headphonenya .Lagu yang berkumandang di corong telinganya merupakan lagu Imagine daripada BtoB iaitu k-idols kegemarannya. Hasratnya untuk sambung belajar di Korea merupakan impian terbesar dalam hidupnya . Minatnya dalam bidang nyanyian sejak dari bangku sekolah lagi telah mebuatkan dirinya semakin berusaha untuk mencapai cita-citanya .

        Sekarang cita-citanya telah tercapai untuk menjadi mahasiswi di Korea . Sudah tiga bulan Nani menuntut di Korean International University dalam bidang music . Rakan-rakan baiknya di sana ialah Sakinah, Syafiqa, Zuliyana, Ain, Najwa , Hazirah dan Ryha . Mereka berlapan merupakan kawan baik sejak berjumpa di Seoul dan mereka sentiasa pergi ke mana sahaja bersama . Sakinah, Syafiqa, Zuliyana dan Nani merupakan teman sebilik di dorm manakala Hazirah, Ryha, Ain dan Najwa menginap di dorm sebelah .

       Nani bergegas pulang apabila hari sudah menginjak petang . Dia menanggalkan headphonenya dan menyimpan di dalam tas tangan . Setelah sampai di dorm Nani membasahkan tekaknya dengan air mineral . Tiba-tiba Syafiqa memeranjatkannya . " Bahhh !!! " Air daripada mulut Nani tersembur keluar dan mengena tepat ke muka Syafiqa . " Eh mianhae mianhae . Sorry sorry . Tu lah sape suruh terperanjatkan Nani . Nasib baik air mineral je tau ." Nani mengambil kain lap dan segera mengelap muka Syafiqa sambil ketawa kecil .

       " Bertuah punya kawan . Sabo je lah aku . Hahaha . Nasib baik Iqa belum mandi . Kalau tak terkena pewangi mulut free yang bau harum sangat . " Syafiqa menyakat Nani sambil meletakkan tangan di atas bahu dan matanya pandang ke atas . " Baik sikit cakap . Nani makan eclispe tau tadi . Hehe ok lah nak masuk mandi . Zul dengan Sakinah mana ? " ujar Nani .

        Sakinah pergi beli grocery . Katanya nak masak ikan masak tiga rasa malam ni . Nak cuba katanya . Tak tahu lah nanti ikan tu jadi tiga rasa ke seratus rasa hmm just wait and see . Lagipun Hazirah, Ryha, Najwa dengan Ain kan nak lepak malam ni . Zul dia ada dalam bilik . Buat assignment . "

        Apabila Nani sudah masuk ke dalam biliknya untuk mandi , Syafiqa menonton drama kegemarannya iaitu Jang Ok Jung sambil menitiskan air mata . Kah kah kah menjiwai watak rupanya mak cik sorg ni. Beberapa minit kemudian Sakinah telah balik sambil membawa banyak barang . Dia meletakkan barang-barang yang baru dibeli di atas meja . " Amboi boleh tengok tv pulak makcik Syafiqa ni . Jom tolong Saki siang ikan . "

        Belum sempat Syafiqa ingin mengeluarkan bicara , pintu dorm mereka diketuk . Syafiqa membukanya dan terjengul wajah Zirah, Ryha, Ain dan Najwa yang datang untuk melepak di dorm mereka . Pada masa yang sama Nani dan Zuliyana telah keluar dari bilik mereka . " Eh awalnya korang datang . Makanan tak siap masak lagi ni . Cepat tolong Saki masak . Palli juseyo ! "ujar Sakinah . " Nae . Sini Nani tolong . " Nani menawarkan diri untuk membantu . " Eh Ryha nak tolong jugakk ! " " Okayy jom bakarkan dapur !! " kata Sakinah sambil memegang senduk lalu diangkat ke atas .

         Setelah makanan sudah siap mereka berbual mesra . Masing-masing mempunyai cerita yang ingin dikongsi . Semoga persahabatan mereka diberkati oleh Allah dan kekal sampai bila-bila .