// Floating Moustache
The Owner


♥Click the image♥ :)



Welcome to my blog. Cause i love Park Chanyeol so much ♡
Diaries Owner Friends Tutobies

Assalamualaikum . The name is Nani . I am a crazy kpoppers and a crazy exo stans ^^


Shout !




Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Edit By: Aina
Re-Edited By: Affina Hanani



Bab 5

    Keriuhan suasana di kafe university itu dengan suara para pelajar yang sedang rancak berbual membingitkan suasana . Tidak kurang juga lapan sekawan yang berbual sesama mereka sehingga tidak ingat dunia . Gelak tawa mereka agak kuat tetapi tidak kedengaran jelas kerana pelajar lain juga membuat bising . " Wah ! Sedapnya karipap sardin dengan telur ni , Ain ! " ujar Ryha dengan mulut yang penuh . " Deii Ryha ! Jangan makan ketika mulut penuh . Peniel nampak nanti tak ke haru nanti tengok girlfriend dia makan macam tu . " Ryha hanya ketawa kecil mendengarkan nasihat Hazirah itu . " Opps ! Hehe " . Rakan-rakan yang lain menyanyikan lagu Opps daripada G.na itu selepas Ryha menyebut perkataan 'Opps' sebentar tadi . Masing-masing ketawa geli hati kerana mereka menyanyi lagu Opps itu serentak . 

      Sedang mereka rancak berbual dan bergelak ketawa , tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali datang menyapa Sakinah . " I believe this is yours . " Lelaki yang tidak dikenali itu menghulurkan buku nota yang berwarna purple dan termasuk sekali pen berbulunya. Sakinah terkedu kerana lelaki yang memulangkan buku notanya itu merupakan hotstuff di university mereka . ' Eh macam mana dia boleh tahu tu buku nota aku ? ' desis Sakinah dalam hati . " Erm gomawo " Segaris senyuman dihadiahkan buat lelaki itu .

        " Nae cheonma . You are welcome . Kwon Jiyong imnida " Jiyong menghulurkan tangan menandakan salam perkenalan . " Sakinah imnida " Sakinah menyambut huluran tangan Jiyong itu . " Nice to meet you . Maybe next time we meet again ? " Jiyong menghadiahkan senyuman semanis gula-gula kapas kepada Sakinah dan beredar dari situ lalu melambaikan tangan . Sakinah berdiri sambil memeluk buku notanya dan melihat langkah Jiyong yang sudah beredar dari situ dengan sengihan seperti kerang wangi . Haha kesian kerang asyik cakap dia busuk je . Cakap kerang wangi lah pulak ye . Hehehe . 

         " Wei ! Sakinah ! " Nani melambaikan tangannya ke arah muka Sakinah . Apabila Sakinah masih berada di posisi yang sama Nani mengambil langkah untuk mencucuk pinggang Sakinah . " Opocot mak kau terbang melayang ! " Mereka semua ketawa dengan gelagat Sakinah itu . " Deii . Sakitlah ! " Sakinah mengurut-urut sedikit pinggangnya yang telah dicucuk oleh Nani itu . " Kawan kita dah angau . Awooo ! Haha . " usik Nani kepada Sakinah . Gelak tawa memenuhi ruang . Sakinah hanya mampu memandang tajam ke arah rakan-rakan baiknya . 

              " Nani , kalau nak mengusik Sakinah nya pun janganlah sampai jadi serigala . Kang tak pasal-pasal Exo datang kejap lagi " ujar Syafiqa sambil ketawa kecil . " Bestnya kalau Exo datang ! Ahhh !! " Melebih pulak si Nani ni . Hahaha . Aww bestnya kalau Exo tiba-tiba muncul . Rakan-rakan yang lain hanya ketawa . Eh tak penat ke asyik ketawa je diorang ni . Aigoo ! " Hahaha . Cehh Sakinah . Ada peminat nampak . Wutt wutt ! " Ain tiba-tiba mencelah sehingga membuatkan pipi Sakinah membahang kerana malu dengan usikan rakan-rakannya . " Eleh ! Malu pulak . Kah kah kah . " celah Syafiqa . 

               Perbualan mereka terhenti tatkala alarm daripada Iphone 5 Nani berdering . " Oh no ! Sorry guys . I need to go . I have a dance practice dekat CUBE Studio right now . Gotta go ! " Nani bergegas menyangkut sling bag pink nya di bahu . Langkah diatur dengan laju sekali menuju ke studio . Dengan hanya memakai T-shirt purple cair yang mempunyai gambar panda yang comel berserta cardigan hitam , tudung bawal berwarna purple yang sedondon dengan T-shirtnya , tracksuit hitam berjenama Cheetah dan sneakers Nike memudahkan pergerakannya untuk menari nanti . 

              Setelah sampai di studio Nani meletakkan sling bag nya di tepi . Lagu what's your name nyanyian 4minute itu bergema di segenap ruang studio setelah dimainkan . Nani menari dengan mengikut rentak lagu . Step tarian tersebut juga diubah mengikut kreativiti Nani sendiri . Jika Nani tiada kelas pada waktu 3 petang dia memang menghabiskan masa di studio pada setiap hari . Itulah hobinya . Kadang-kadang dia menari dan kadang-kadang dia juga bermain dengan alat-alat muzik di CUBE Studio itu . Dia lebih gemar practice berseorangan . Selalunya studio akan penuh dengan para pelajar music jika ada apa-apa occasion berlangsung di university .

               Apabila lagu what's your name telah tamat disambung pula dengan lagu wow daripada kumpulan BTOB kegemarannya , Sambil menari Nani juga menyanyi lirik lagu wow itu . " ~ Geubi dalla nam dalla tae tae taega dalla i like it i like it ~ " Sebenarnya Nani sedang diperhatikan oleh Sungjae . Walaupun Nani menari menghadap cermin studio itu dia tidak perasan bahawa ada yang sedang memerhatikannya di sebalik pintu. Lagu pun sudah tamat dan Nani juga ingin berehat sebentar . Peluh yang membasahi dahinya itu dilap dengan tuala kecil yang dibawa . 

               " Incredible ! Awesome ! Tak sangka yang awak pandai menari . " puji Sungjae dengan senyuman yang lebar . 'Bila masa dia ada kat sini ni ? Alamak dia nampak aku menari ke ? Aduhhh ! ' Nani menumbuk-numbuk kepalanya dengan perasaan yang bercampur-baur . Sungjae melabuhkan duduk di sebelah Nani . Kebetulan dia membawa sebotol air mineral yang belum dibuka . Sungjae terus menghulurkan kepada Nani . " Thanks ! " ucap Nani sambil mengukir senyuman . Nani meneguk air mineral itu dengan rakus . Maklumlah haus . Tiba-tiba Nani tersedak kerana terlampau rakus minum air . 

                Sungjae dengan gelabah mengurut belakang Nani agar Nani tidak akan terasa tersedak lagi . " Gwenchana ? " Nani terbatuk-batuk menahan perit di tekaknya . Setelah tekaknya tidak berasa perit lagi dia menjawab pertanyaan Sungjae itu . " Ye ye saya okay . Hmm saya balik dulu ye Sungjae . Bye ! " Nani berura-ura ingin beredar dari situ . Sebelum dia bangun , Sungjae telah menarik tangannya agar menghalang pergerakannya . Nani berpaling menghadap Sungjae . " Jom kita pergi taman ! "